26 NOVEMBER – SANDAKAN: Enam daerah di Pantai Timur Sabah, iaitu Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau, dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik atau blackout pada hari ini.
Gangguan bekalan elektrik berkenaan dipercayai berpunca daripada kejadian sebuah menara penghantaran elektrik 132kV yang dilaporkan tumbang.
Maklumat mengenai kejadian tersebut mula dikongsikan menerusi platform media sosial.
Bagaimanapun, setakat ini, punca sebenar kejadian serta kesan terhadap sistem bekalan elektrik masih menunggu pengesahan rasmi daripada pihak Sabah Electricity.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity, khususnya berhubung kawasan terjejas dan jangkaan tempoh pemulihan bekalan elektrik.
