SPR MENETAPKAN 29 NOVEMBER HARI MENGUNDI

KOTA KINABALU (16 OKTOBER): Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November sebagai hari mengundi bagi pilihan raya negeri.

Seramai 1,784,843 juta orang layak untuk mengundi pada PRN kali ini.

Selain itu, SPR turut menetapkan 15 November sebagai hari penamaan calon.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 25 November.

“PRN Sabah ke-17 ini dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM116.8 juta” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas urusan PRN Sabah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.

Ramlan berkata sebanyak 940 pusat mengundi dengan 3,645 saluran akan digunakan di mana 882 pusat mengundi biasa dengan 3,558 saluran manakala 58 pusat mengundi biasa dengan 87 saluran untuk pengundian awal.

Katanya seramai 25 pegawai telah dilantik sebagai pengurus pilihan raya dan 196 sebagai penolong pegawai pengurus.

Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bakal dipertandingkan pada PRN nanti di mana DUN Sabah dibubarkan pada 6 Oktober lalu.

Tamat