SANDAKAN,20 SEPT – Jalan Sim – Sim berhampiran Tokong Cin Pau Kung di sini ditutup kepada pengguna jalanrya selepas kejadiantanh runtuh sepanjang kira-kira 150 meter malam tadi.
Kejadian dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menerusi NGMER 999 pada jam 9.19 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan tiba di lokasi pada jam 9.27 malam.
Pemeriksaan mendapati tanah runtuh berlaku di kawasan yang jauh daripada penempatan penduduk namun berisiko kepada pengguna jalan raya utama.
Sementara itu ADUN N.56 Tanjung Papat, Alex Thien turut berada di lokasi pada 9.45 malam bersama empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Usaha menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) turut dilakukan pada jam 9.50 malam bagi mendapatkan tindakan susulan berhubung kejadian berkenaan.
Ketua Balai BBP Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung kemudian tiba di lokasi pada jam 10 malam bagi memantau keadaan dan tindakan keselamatan yang dilaksanakan.
Hasil perbincangan bersama Jawatankuasa Bencana Daerah, kejadian tanah runtuh dikenal pasti berlaku sepanjang kira-kira 150 meter dan jalan berkenaan ditutup sepenuhnya atas faktor keselamatan.
Operasi dilaporkan terkawal pada jam 10.56 malam sebelum ditamatkan pada jam 11.06 malam.Seramai sembilan anggota BBP Sandakan terbabit dalam operasi itu membabitkan enam anggota dengan jentera FRT, dua anggota EMRS dan seorang pegawai menggunakan kenderaan VIGO.
Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut
