SPRM TAHAN 2 PENJAWAT AWAM DISYAKI KEMUKA DOKUMEN MENGANDUNGI BUTIR MATAN PALSU BERJUMLAH KIRA-KIRA RM30,000

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU,20 SEPT – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua orang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan elaun tugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana berjumlah kira-kira RM30,000.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an telah ditahan kira-kira jam 10 pagi 17 September lalu ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 hingga 2023.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek akan dituduh pada 24 September 2026 di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, Sabah.

Share This Article