SMJ, KWKKR PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PELAKSANAAN PELAN SMJ 2.0

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 23 Jan – Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) mengadakan sesi libat urus strategik bersama Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) bagi memperkukuh kerjasama antara agensi dalam perancangan dan penyelarasan pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0.

Sesi yang berlangsung petang semalam itu memberi penekanan kepada pemantapan agenda kesejahteraan rakyat, pemerkasaan wanita serta pembangunan komuniti melalui pendekatan bersepadu bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi kepada rakyat Sabah.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, YB Datuk Julita Mojungki, dan turut disertai Ketua Pegawai Penyelaras SMJ, Datuk Hj Datu Rosmadi bin Datu Sulai; Ketua Pegawai Operasi SMJ, Datuk Ramlee bin Kariah; Pengarah SMJ, Puan Rosnih Othman, serta pegawai-pegawai Pelan Inisiatif SMJ dan KWKKR.

Sesi libat urus tersebut berlangsung di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.

TAMAT

Share This Article