SANDAKAN, 10 Mac – Kumpulan Sawit Kinabalu menghulurkan sumbangan kepada Sabah Blind Society Sandakan dan Rumah Sri Harapan.
Sumbangan pada Majlis Iftar Sawit Kinabalu di DUN Sungai Manila itu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sumbangan berupa wang tunai RM5000 kepada Sabah Blind Society yang terletak di Pekan Muhibbah Rancangan Sungai Manila sementara Rumah Sri Harapan yang menjadi pusat perlindungan warga tua Sandakan menerima RM2500.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Manila yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Haji Hazem Mubarak Tun Musa.
Hadir sama Pengarah Urusan, Datuk Victor Ationg.
Sawit Kinabalu juga memberi sumbangan kepada pelajar bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran sejumlah RM6000 dan SMK Gum-Gum dan Maktab Rendah Sains (MRSM).
Bagi bantuan pelajar miskin pula disumbangkan oleh Syarikat Sawit Agrotechnology Sdn.Bhd yang dihadiri pengarahnya, Alfian Ahmad.
TAMAT
