BANTUAN SEGERA UNTUK PELAJAR:PM

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,22 APRIL- Bantuan sebanyak RM300 akan diberikan kepada pelajar yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Bahagia Batu Sapi.

Perdana Menteri, Datui Seri Anwar Ibrahim berkata, kementerian pendidikan akan memberikan bantuan itu.

“Bantuan itu untuk membantu pelajar yang terlibat,” katanya kepada media di sini hari ini di dewan PPR Batu Sapi.

Anwar sebelum itu telah melawat mangsa kebakaran Kampung Bahagia. Beliau diiringi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Nor.

Anwar berkata bantuan itu untuk membeli uniform, buku-buku dan peralatan sekolah.

Katanya, seramai 454 pelajar daripada 12 sekolah akan menerima bantuan itu.

“Kita akan pastikan bantuan itu dapat disegerakan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Anwar memberitahu bantuan itu hanya kepada pelajar warganegara.

“Saya bertanya kepada beberapa pelajar dan mereka memberitahu tidak ke sekolah kerana tiada uniform..Kita akan membantu tetapi mulai esok mereka harus ke sekolah,” katanya.

Beliau juga berkata, masalah ketiadaan kenderaan untuk pelajar ke sekolah akan turut difikirkan.

Share This Article