SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU : 15 Mei -Pemangku President Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menegaskan parti itu mengekalkan pendiriannya tetap bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Bagaimanapun Timbalan Pengerusi GRS itu tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti lain sekiranya itu perlu untuk pembangunan dan kepentingan rakyat Sabah.
“Memang PBS has always been behind GRS. There is no other way for us except to be with GRS. Dan seperti mana yang dikatakan oleh pengerusi GRS, we are ready to go solo… Kalau di sana, the kerjasama tidak terjadi. We are ready, katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan penyampaian watikah Ahli -ahli Majlis Daerah ( AMD) Lahad Datu sesi 2025- 2027 di Majlis Daerah Lahad Datu di sini pagi tadi.
“Saya masih bersama GRS, tetapi saya selalu terbuka kepada idea bekerjasama dengan UPKO dan PBRS. We are committed to work with each other. For the sake of Sabah unity and progress, yes, we are willing to work together…”ujarnya.
Terdahulu Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah menyampaikan watikah perlantikan kepada 20 orang AMD Lahad Datu.Melihat kepada prestasi cemerlang termasuk perolehan pendapatan RM 20 juta setahun beliau percaya MDLD berpotensi dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran pada masa akan datang.
TAMAT
