OLEH: SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU (12 MEI): Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan untuk mengesan dua lelaki yang dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan Tungku sejak 9 Mei lalu.
Mangsa yang berusia 37 tahun dan 41 tahun dilaporkan telah masuk ke dalam hutan berkenaan pada 9 Mei lalu kira-kira jam 4.30 petang untuk mencari rotan dan memancing di Ulu Sungai Sri Darun,Ulu Tungku.
Namun sehingga ke hari ini kedua-dua mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Bin Rashid berkata, operasi SAR digerakkan sejurus menerima maklumat daripada pihak polis berhubung kes tersebut.
Pasukan Bomba bergerak ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lengkap dan seterusnya menjalankan operasi SAR bersama- sama anggota PDRM,ATM 13 Briged Cenderawasih,Bomba dan JPAM.
TAMAT
