LAHAD DATU: Rakyat Sabah berharap Air Borneo mampu menyediakan harga tiket penerangan yang berpatutan berbanding sebelumnya.
Ini susulan pengambilalihan MASwings oleh Kerajaan Sarawak dan mengantikannya dengan nama baharunya,Air Borneo.
Dr Mohammad Ayub Yaacob mantan Pegawai Daerah Lahad Datu mencadangkan agar jumlah penerbangan ditambah terutama bagi lapangan terbang yang ramai penumpang seperti di Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.
” Maswings ke Air Borneo ..ini kita mengharapkan sangat agar harga tiket itu murah dan berpatutan dan saya yakin bahawa ini adalah satu kemudahan yang telah pun difkirkan lebih awal oleh yang amat berhormat Ketua Menteri Sarawak…katanya di sini .
Sementara itu seorang jurujual kereta Hairuddin Tahir Basri berkata, dengan adanya Air Borneo ia diharap dapat menberikan perkhidmatan yang lebih baik termasuk harga tiket yang berpatutan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Seorang suri rumah, Catherine Kay Parinas mencadangkan,penambahan lokasi penerangan juga wajar dilaksanakan dan diharap ia dapat direalisasikan oleh syarikat penerbangan tersebut.
” Kita amat berharap lokasi penerbangan ditambah begitu juga jumlah penerbangan kawasan Lahad Datu kalau boleh ditambah lagilah.,katanya.
Terdahulu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemilihan nama syarikat penerbangan baharu iaitu Air Borneo itu adalah mengambil kira negeri Sabah dan tidak menolak kemungkinan untuk meluaskan ketersambungan ke Kalimantan.
Air Borneo bersedia untuk mewujudkan keseimbangan antara kesalinghubungan, tambang berpatutan dan manfaat ekonomi.
