179 mangsa banjir ditempatkan di empat PPS di Penampang

sabahheadlines
1 Min Read

PENAMPANG, 11 Sept – Seramai 179 mangsa banjir m ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Penampang dalam kenyataan memaklumkan, PPS Kompleks Sukan Penampang yang dibuka pada jam 7.30 malam menempatkan 55 mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan 22 wanita dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki, lapan kanak-kanak perempuan, seorang bayi perempuan serta seorang Orang Kurang Upaya (OKU) perempuan.

Sementara itu, PPS SMK Datuk Peter Mojuntin menempatkan seramai 88 mangsa iaitu 49 lelaki dan 39 wanita dewasa, yang kesemuanya merupakan pelajar sekolah berkenaan.

Di PPS SK St Paul Kolopis pula, sembilan mangsa berlindung yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki.

Selain itu, 27 mangsa turut ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Tuavon, melibatkan 12 lelaki dan tujuh wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki serta tujuh OKU perempuan.

Secara keseluruhan, empat PPS dibuka dengan jumlah mangsa banjir seramai 179 orang setakat jam 12.12 tengah malam tadi.

TAMAT

Share This Article