PROGRAM KEBUN DAPUR KAMPUNG GANA JADI CONTOH TERBAIK

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 16 Jan: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar, meninjau pelaksanaan program urban farming di Kampung Gana, Kepayan, seawal jam 7.30 pagi tadi.

Program yang diusahakan oleh 68 ahli komuniti sejak tiga tahun lalu itu melibatkan penanaman pelbagai jenis sayuran dan selari dengan konsep “kebun dapur” yang dicadangkan untuk diperkasakan dalam kalangan masyarakat di seluruh Sabah.

Jamawi berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja mampu meningkatkan bekalan makanan isi rumah, malah menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti pertanian berskala kecil yang berimpak tinggi.

Beliau turut menyifatkan usaha komuniti Kampung Gana sebagai contoh terbaik yang wajar diperluaskan ke kawasan lain bagi menyokong agenda keselamatan makanan negeri.

TAMAT

Share This Article