PROGRAM INFO ON WHEELS (IOW) PEJABAT PENERANGAN DAERAH SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

Sandakan, 24 Februari – Pejabat Penerangan Daerah Sandakan telah melaksanakan Program Info On Wheels (IOW) di kawasan PPR Taman Mesra, dalam kawasan Parlimen Sandakan dan DUN Elopura, hari ini.

Program ini turut disertai oleh Rafidawati MT bersama pasukan Pejabat Penerangan Daerah Sandakan bagi menyampaikan maklumat terkini kepada penduduk setempat.

Antara fokus utama hebahan adalah berkaitan kesiapsiagaan menghadapi banjir, khususnya langkah-langkah persediaan awal, aspek keselamatan serta kepentingan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa semasa musim hujan.

Selain itu, hebahan turut memberi penekanan kepada topik Polifarmasi Bijak Urus Ubat, Hidup Lebih Sihat, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan ubat secara betul, selamat dan terkawal, khususnya dalam kalangan pesakit yang mengambil pelbagai jenis ubat.

Dalam program ini juga, pihak Pejabat Penerangan Daerah Sandakan telah mengedarkan bahan-bahan penerbitan rasmi kepada penduduk sebagai rujukan dan panduan, selaras dengan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat, sahih dan terkini.

Program Info On Wheels ini merupakan salah satu inisiatif turun padang bagi mendekati masyarakat serta memperkukuhkan penyampaian maklumat kerajaan secara terus kepada rakyat.

Oleh : Jalie mohamad

Share This Article