SANDAKAN (17 MAC,): Inisiatif Wanita dan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah Sungai Manila mampu memperkukuh nilai ukhkuwah di kalangan masyarakat.
Inisistif itu juga dapat memperkukuhkan kesukarelawan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Haji Hazem Mubarak Musa.
“Inisiatif seperti ini bukan sahaja menceriakan masjid ataupun surau tetapi dapat memperkukuhkan ukhkuwah dan nilai kesukarelawan di kalangan masyarakat,” katanya pada progran penyampaian sumbangan untuk kemudahan jemaah wanits dan peralatan pembersihan masjid DUN Sungai Manila sepanjang Ramadan.
Hazem berkata, komitmen berterusan Wanita dan Pemuda PGRS Sungai Manila juga dapat mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan di DUN itu.
Menurutnya, usaha itu membolehkan Wanita dan Pem7da mendekati akar umbi.
“Program ini membuka ruang kepada kita untuk mengeratkan silaturrahim khususnya pada peringkat akar umbi,” katanya lagi.
TAMAT
