Perpaduan Kaum Nadi Kemakmuran Sabah, Belia Terus Diperkasa – Datuk Anil

sabahheadlines
2 Min Read

​LAHAD DATU,8 Februari- ,Kepelbagaian kaum dan etnik di Sabah merupakan tonggak utama kekuatan negeri yang perlu terus dipelihara demi menjamin keharmonisan serta kemakmuran masa depan.

​Pembantu Menteri Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Anil Sandhu menekankan bahawa semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa termasuk Tionghoa, Melayu, India, dan Kadazan-Dusun adalah asas penubuhan negara Malaysia yang tidak boleh dilupakan.

​Bercakap kepada media selepas menghadiri Pesta Pasar Malam 2026 anjuran Persatuan Hakka di Fajar Lahad Datu, beliau menyeru rakyat untuk sentiasa bersikap rasional dan mengelakkan perpecahan meskipun berdepan dengan pelbagai isu semasa.

​”Kita tidak kira dia Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun atau pelbagai bangsa lain harus kita ingat Malaysia ditubuhkan dengan satu pilar bergabung,” ujar beliau.

Beliau turut memuji suasana meriah di Lahad Datu dan Kunak yang mencerminkan kerjasama erat antara kaum yang masih teguh di negeri ini.

​Menyentuh mengenai pembangunan belia, Datuk Anil yang baru memegang jawatan tersebut selama kurang dua bulan menyatakan komitmen kementeriannya (KBSK) dalam menyusun semula peruntukan bajet agar lebih saksama bagi setiap daerah.

​Melihat kepada faktor geografi Sabah yang luas, beliau turut memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada kementeriannya.

Antara fokus utama kementerian pada masa ini termasuklah ​semakan Undang-undang bagi Menilai semula peraturan sedia ada untuk memperkasa belia.

Selain itu agihan ​bajet daerah untuk memastikan pembangunan sampai ke kawasan luar bandar memandangkan saiz negeri yang besar.

Ini termasuklah ​ekonomi kreatif bagi membangunkan potensi ekonomi baharu melalui bakat kreatif belia tempatan.

​”Dengan Kerajaan Perpaduan yang ada di Sabah, kami akan buat yang terbaik untuk tempoh lima tahun ini bagi memastikan belia terus maju dan bangkit melalui ekonomi kreatif mereka,” tambah beliau.

TAMAT

Share This Article