KOTA KINABALU, 6 Dis — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di kediaman mereka di Damai.
Dalam kunjungan itu Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada balu serta keluarga Allahyarham selain mendoakan mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi pemergian tokoh politik berkenaan.
Turut serta dalam lawatan itu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar, Datuk Jafry Bin Ariffin.
Allahyarham Bung Mokhtar, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag meninggal dunia awal pagi Jumaat.
Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu.
Allahyarham meninggalkan dua isteri Datin Seri Nor Asidah Alimudin bersama tiga anak dan Datin Sri Zizie Ezette Abdul Samad bersama lima anak.
TAMAT
