PENGETUA,PENOLONG HEM DAN WARDEN DITEMPATKAN SEMENTARA DI JPN

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

KOTA KINABALU (13 OGOS): Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapa akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia itu hari ini turut menyebut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden turut ditempatkan sementara di JPN.

Kenyataan itu menyebut keputusan itu susulan pengumuman Polis DiRaja Malaysia bahawa pasukan petugas khas daripada Bukit Aman Kuala Lumpur akan mengambilalih siasatan kes Allyarhamah Zara Qairina Mahathir.

KPM juga akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi nemastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tunas, kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga memberitahu bahawa kes tersebut merupakan keutamaan pada masa ini.

KPM juga berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga dan pihak yang terbabit.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut bila bermulanya mereka ditempatkan sementara di JPN di sini.

Allahyarhamah Zara Qairina, pelajar yang berusia 13 tahun merupakan pelajar SMKA Tun Datu Mustapa meninggal pada 17 Ogos sehari selepas dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu pada 16 Ogos.

Tamat

Share This Article