KOTA KINABALU, 3 Februari 2026 – Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.
Lawatan berkenaan diadakan bersempena pelaksanaan Pusat Temuduga Inspektor Polis Gred Y7 (L/W) Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan Awam bagi calon dari Kontinjen Sabah yang berlangsung di Dewan Banquet, Tingkat Lima, IPK Sabah.
Ketibaan beliau disambut Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC Ahsmon Bajah, bersama Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Jabatan Pengurusan PDRM, ACP Ahmad Faizal Tahrim serta pegawai kanan Jabatan Pengurusan Sabah.
Menurut PDRM, lawatan itu bertujuan memantau perjalanan proses temuduga bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur, telus dan selaras dengan garis panduan ditetapkan, selain memperlihatkan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi PDRM dalam memperkukuh sistem pemilihan serta pembangunan modal insan pasukan.
Kehadiran CP Dato’ Sri Abdul Aziz turut memberi dorongan moral kepada calon dan warga PDRM Kontinjen Sabah dalam usaha melahirkan pegawai.
TAMAT
