Oleh: Syarmila Salleh
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan cubaan membawa masuk barangan kosmetik dalam Ops Taring Landai di kawasan kampung Tampi-Tampi Semporna pada 3 April lepas.
Dalam kenyataan di media sosial pasukan itu, pelbagai jenis barangan kosmetik dan sebuah kenderaan Exora bernilai keseluruhan RM 257,900 telah dirampas.
Kesemua barang kes dirampas dan pemandu kenderaan telah ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Kastam.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1963.
PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
Tamat
