SANDAKAN, 3 JUN – Orang ramai yang menggunakan laluan Telupid–Ranau dinasihatkan agar meningkatkan tahap kewaspadaan berikutan kejadian pokok tumbang dan runtuhan tanah yang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi sepanjang jalan berkenaan.
Pengguna jalan raya disaran memperlahankan kenderaan, mematuhi arahan pihak berkuasa serta sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan laluan sebelum memulakan perjalanan.
Keselamatan pengguna jalan raya hendaklah diutamakan, terutama ketika cuaca tidak menentu yang boleh meningkatkan risiko kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh.
Orang ramai juga diminta berkongsi maklumat ini kepada pengguna jalan raya lain bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
