KOTA KINABALU, 9 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah selama dua hari bermula esok.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat melibatkan daerah Ranau.
Menurut kenyataan itu keadaan cuaca sama turut dijangka melanda beberapa daerah lain iaitu Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
Amaran hujan berterusan tahap waspada itu berkuat kuasa bermula Selasa 10 Mac hingga Rabu, 11 Mac 2026.
Sehubungan itu orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan merujuk maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my�, media sosial rasmi jabatan berkenaan serta aplikasi myCuaca bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan cuaca.
TAMAT
