SANDAKAN, 21 November – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) meraikan seramai 350 anggota kontinjen Zon Dua menerusi Majlis Makan Malam Penghargaan Kontinjen MPS sempena Sukan Tempatan Sabah (SKTS) Ke-14 Sandakan 2026, di sini malam kelmarin.
Presiden MPS, Datuk Walter Kenson berkata, majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan, atlet, pengurus sukan, jurulatih serta pembantu yang memainkan peranan dalam menjayakan penyertaan kontinjen berkenaan.
Bercakap kepada media Walter berkata kejayaan MPS muncul juara kejohanan yang berlangsung dari 7 hingga 13 April lalu adalah hasil kerjasama erat, hubungan baik serta komunikasi lancar antara semua pihak yang terlibat.
Menurutnya, MPS memikul dua tanggungjawab dalam kejohanan itu iaitu sebagai tuan rumah penganjuran SKTS Ke-14 dan pada masa sama menghantar kontinjen untuk mengambil bahagian dalam pertandingan.
Katanya, komitmen tinggi yang ditunjukkan semua pihak diharap dapat diteruskan khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab utama MPS memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.
