LINDUNG 24 JAM CATAT BAYARAN RM20.23 JUTA, KENDURI RAKYAT @ BATU SAPI MERIAH DENGAN ARTIS TERKENAL

sabahheadlines
2 Min Read

SANDAKAN, 14 November – Program Kenduri Rakyat LINDUNG @ Batu Sapi – KESUMA Bersama Rakyat anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama PERKESO berlangsung meriah di Flat MPS Batu Sapi, Sandakan.

Program telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa pembayaran faedah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) telah mencecah RM20.23 juta kepada 12,582 pencarum dan waris di seluruh negara setakat 31 Oktober 2026. Daripada jumlah itu, 373 penerima dari Sabah menerima faedah melebihi RM481,000.

Program turut menyediakan pelbagai perkhidmatan dan khidmat nasihat PERKESO kepada masyarakat, termasuk kaunter LINDUNG, saringan kesihatan percuma serta informasi berkaitan perlindungan keselamatan sosial.

Kemuncak program turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Amir Masdi, Bell Ngasri, Puteri Akie, Gretchene Quirina, Enn Xaviera, Joy Shazrie dan Darling Ngasri.

Pelbagai aktiviti menarik, persembahan kebudayaan, pertandingan serta cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan suasana bersama masyarakat setempat.

Turut hadir Dato Sri DR. Mohamad Azman Bin Aziz Mohamad Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PERKESO, Dato Hj Mohamad Zahri Bin Hj Samingon Ketua Pengarah, jambatan Tenaga Manusia (KESUMA), Che Rafizi Bin Che Ramli timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Sandakan, Puan Sapiha Aliasa Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Puan Rowindy Lawrence Odong Ahli Lembaga jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah (JKSSR) PERKESO dan beberapa agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan.

oleh : jalie mohamad

Share This Article