sh@ Aleeya Villiamon
SANDAKAN (10 JULAI): Sebanyak lapan projek di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempat diumumkan untuk daerah ini.
Pengumuman itu dibuat oleh menteri Nga Kor Ming kepada media di sini hari ini.

Kor Ming bersama Vivian meninjau keadaan Pasar Sim-Sim ketika lawatan menteri itu ke daerah ini
Lapan projek itu termasuklah untuk menaik taraf pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal dengan peruntukan RM30 juta.
Kor Ming berkata projek mampu menampung 200 ribu sampah.
“Tapak ini berkeluasan 3.8 hektar adalah amat penting untuk agenda pembangunan bandar bersih di Sandakan,” katanya.
Sebelum ini, Sabah mempunyai 22 tapak sisa pepejal “tetapi tidak ada satu pun di Sandakan.
“Hari ini impian 500 ribu penduduk Sandakan menjadi kenyataan,” katanya lagi.
Menurutnya naik taraf tapak itu dijangka siap 16 Ogos 2027.
Projek lain termasuklah menaiktaraf bangunan dan kerja-kerja berkaitan di Taman Singapore melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia berjumlah RM500 ribu.
Kor Ming turut mengumumkan peruntukan tambahan RM500 ribu untuk mengecat blok-blok lain di taman itu.
Selain itu RM400 ribu telah diperuntukkan untuk dewan di Jalan Singapore dan telah siap.
Selain itu RM2 juta untuk naik taraf empat pasar awam di Elopura, Kim Pung, Sim-Sim dan pasar umum.
KPKT turut meluluskan peruntukan RM400 ribu bagi pembinaan bumbung gelanggang bola keranjang di Taman Indah Jaya serta RM400 ribu untuk naik taraf gelanggang futsal du PPR Harmoni.
Turut sama pada lawatan kerja menteri itu, Ahli Parlimen Sandakan YB Vivian Wong dan Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan Imran Tajuddin Edy.
Tamat
