MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG BAHAGIA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 11 JUN – Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia telah berlangsung dengan lancar dan teratur di Dewan Masyarakat Sandakan di sini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni selaku Penasihat Yayasan Nur Jauhar bersama Datuk Walter Kenson, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

Program ini merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi dan pihak berkepentingan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), JKPA, RELA, Jawatankuasa Kampung Kampung Bahagia serta Pejabat Parlimen P.185 Batu Sapi.

Seramai 280 mangsa kebakaran yang layak telah menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban dan membantu mereka meneruskan kehidupan selepas tragedi yang menimpa.

Bantuan tersebut disalurkan melalui sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar, PHEDNP, Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Sabah Energy Corporation, Asia Supply Base, USIA dan GDRN yang menunjukkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Share This Article