sh@ Jalie Mohamad
SANDAKAN: 4 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata program Mahabbah Komuniti MADANI mesej kepada perpaduan dan kepedulian terhadap komuniti setempat.
Katanya ia juga merupakan wadah mengukuhkan perpaduan selain menyemai nilai kasih sayang serta tanggungjawab sosial terhadap penglibatan aktif antara masyarakat dan agensi kerajaan.
“Program sangat memberi makna kepada masyarakat dan agensi pelaksana. Mesej cukup kuat dimana kita dapat mengukuhkan lagi perpaduan melalui program ini,”katanya selepas mengadakan program dua hari di Sandakan.
Terdahulu, aktiviti “Subuh Macam Jumaat” di Surau Al-Furqan Kg. Sim-Sim, Lawatan Agensi Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan, Misi Mahabbah Pulau Lawatan ke Masjid Nur Islam pulau berhala dan Masjid Nurul Iman kg Tanjung Aru menggunakan bot Maritim, Ziarah SAN Tanjung Papat Jambatan 7, Kg. Sim-Sim.
Acara kemuncak program ialah Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Perpaduan Ummah Dalam Konteks Kenegaraan” yang diadakan di Masjid Jannatun Naim, Sri Taman.
Dengan kehadiran penceramah tersohor seperti Ustaz Muhammad Othman, Dr. Haji Israq Haji Ramli, Ustaz Mohamad Sufian Bahrin dan Datuk Hj. Alipudin Puyon.
Turut hadir dalam program besar ini ialah Komander Maritim Ahmad Firdaus B. Shaari, Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Datuk Md. Afendi Hamdan, pemilik The Elopura Hotel, serta Abdul Halim Osman, Ketua Kampung Sim-Sim.
Sebagai sebahagian dari inisiatif kemasyarakatan dan keprihatinan program Agihan Bakul Makanan 20 bakul Pulau Berhala, 20 bakul Tanjung Aru dan Sri Taman.
Sumbangan Khidmat Masjid Pemberian sistem pembesar suara (speaker) baharu kepada Masjid Anjung Aru, sebagai usaha mempertingkatkan kemudahan ibadah dan keselesaan jemaah setempat dan peberian cenderamata setiap kawasan lawatan.
Tamat

