MAYAT TIDAK DITUNTUT DAN PERMOHONAN MENGESAN WARIS

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 10 Mac – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memohon kerjasama orang awam bagi membantu mengesan waris kepada seorang wanita yang ditemui meninggal dunia di kawasan perairan Kampung Kesuapan, Pulau Gaya pada 8 Mac lalu.

Siasatan awal mendapati kira-kira jam 4.00 petang, pihak polis menerima maklumat daripada Ketua Kampung mengenai penemuan satu mayat wanita yang terapung di kawasan perairan berkenaan.

Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut sementara menunggu waris tampil membuat pengecaman.

Sehubungan itu, mana-mana ahli keluarga atau individu yang mengenali si mati diminta untuk tampil atau menghubungi pihak polis dengan segera bagi tujuan pengecaman serta pengurusan selanjutnya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama dan keprihatinan orang awam dalam membantu menyalurkan maklumat amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

TAMAT

Share This Article