LELAKI, WANITA DITAHAN MILIKI SYABU DALAM OPS TAPIS DI SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 12 MEI – Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan menahan seorang lelaki dan seorang wanita dalam Ops Tapis yang dijalankan di Kampung Pangeran, Batu 7 serta Bandar Letat Jaya, Batu 3, di sini, semalam.

Operasi yang berlangsung antara jam 2 petang hingga 4 petang itu membawa kepada penahanan kedua-dua suspek kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing sebelum didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Susulan itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut.

Operasi berkenaan dilaksanakan selaras usaha Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis George Abd Rakman dalam mempergiat tindakan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Share This Article