KOTA KINABALU, 27 Januari 2026 – Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) menerima kunjungan hormat daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam usaha memperkasa ekonomi kreatif, inovasi dan keusahawanan Bumiputera di Sabah.
Perbincangan menumpukan kepada pendekatan kolaboratif yang lebih bersepadu dan berimpak tinggi, selaras dengan mandat dan peranan kedua-dua pihak dalam menyokong pembangunan ekonomi negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif SCENIC, Mohd Lan Muslim mengetuai sesi perbincangan bersama pegawai kanan SCENIC, manakala delegasi TERAJU diketuai Pengarah Kanan Perkhidmatan Perniagaan dan Keusahawanan, Mohd Najib Jaafar.
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk James Ratib berkata Kerajaan Negeri Sabah sentiasa menyokong inisiatif kolaboratif yang mampu membuka lebih banyak peluang pembangunan bakat, inovasi serta pertumbuhan ekonomi, sejajar dengan agenda pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah.
TAMAT
