BEAUFORT, 25 Januari – Rakyat khususnya generasi muda tidak perlu gusar dengan kemampuan dan keupayaan kerajaan.
Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Beaufort, Haji Mohd Jali Nordin berkata, kerajaan mampu meningkatkan ekonomi dan hasilnya akan terus dinikmati oleh rakyat.
“Kerajaan berpegang kepada prinsip yang adil dan tidak akan ada rakyat yang dipinggirkan untuk menikmati hasil daripada peningkatan ekonomi itu,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata generasi muda perlu bijak dan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan.
Katanya, sejak memerintah negeri ini lima tahun lalu sehingga sekarang, pelbagai bantuan telah diwujudkan.
Bantuan perumahan, pendidikan, keusahawanan dan sebagainya telah diwujudkan oleh kerajaan, katanya dan menambsh: ” bantuan itu termasuklah bantuan untuk generasi muda.”
Mohd Jali berkata, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini amat jauh berbeza dengan kerajaan terdahulu.
“Kerajaan hari ini bukan kerajaan yang banyak cakap tetapi kerajaan yang sentiasa berusaha untuk rakyat” katanya lagi.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh kerajaan akan berterusan dan akan juga ditambah baik.
“Kerajaan hari ini bukan kerajaan yang gagal tetapi kerajaan yang berjaya dalam mensejahterakan rakyat,” katanya.
TAMAT
