BEAUFORT (23 SEPTEMBER): Cadangan kerajaan untuk melaksanakan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi membuktikan kejayaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menerajui kerajaan negeri.
Kerajaan tidak mungkin mampu melaksanakan cadangan itu sekiranya ekonomi negeri tidak berada pada tahap terbaik, kata Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Klias, Haji Mohd Jali Nordin.
“Ekonomi negeri ini berada pada tahap terbaik yang membolehkan cadangan itu dilaksanakan,” katanya di sini kelmarin.
Beliau berkata, Kerajaan GRS amat komited terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini dan mahu anak-anak Sabah menikmati peluang pendidikan itu.
Katanya, kerajaan peka dengan masalah dan bebanan kewangan anak-anak Sabah untuk mendapatkan pendidikan tertinggi.
“Kerajaan GRS sentiasa berusaha memastikan peluang pendidikan itu dinikmati,” katanya lagi.
Mohd Jali berkata bagi melaksanakan cadangan itu ia memerlukan kewangan yang besar.
” Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan Kerajaan GRS sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk rakyat,” katanya lagi.
Tamat
