LAHAD DATU, 24 Sept 2025 – Seramai 25 penghuni Penjara Lahad Datu hari ini berpeluang memperbaharui kad pengenalan mereka menerusi program Unit Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tawau.
Program turun padang itu dikendalikan oleh pegawai JPN yang menjalankan proses gantian kad pengenalan secara terus di dalam kompleks penjara.
Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen JPN dalam memperluaskan capaian perkhidmatan kepada semua golongan masyarakat, termasuk mereka yang sedang menjalani hukuman, agar tidak tercicir daripada akses dokumen pengenalan diri rasmi.
Tamat
