KEJAYAAN WAJAR DIDEDAHKAN: ISNIN

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU (14 JANUARI): Saranan Ketua Menteri agar kejayaan yang dicapai kerajaan didedahkan adalah wajar.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata langkah itu adalah untuk memastikan hasil yang telah dilakukan oleh kerajaan.

“Saya menyokong saranan Ketua Menteri kerana masih ada rakyat yang tidak mengetahuinya,” katanya di sini Selasa lalu.

Isnin berkata demikian ketika mengulas amanat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada Majlis Angkat Sumpah Pemimpin Pembangunan Masyarakat.

Hajiji dalam amanatnya itu meminta PPM agar membantu kerajaan selain wakil rakyat dengan mendedahkan kejayaan yang telah dicapai.

“Memang benar rakyat didedahkan debgan fakta yang tidak benar oleh pembangkang menerusi media sosial,” kata Isnin lagi.

Menurutnya, media sosial lebih banyak mewar-warkan fakta yang tidak benar dan rakyat terpedaya dengan perkara itu.

Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan hasilnya juga telah dinikmati oleh rakyat.

Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan tidak dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Isnin berkata, dalam tempoh lima tahun lalu pelbagai bantuan telah dinikmati oleh rakyat.

Daripada bantuan pendidikan sehinggalah bantuan perumahan disediakan kepada rakyat.

” Ekonomi negeri juga turut dipertingkatkan dan diperkasa dan semua hasil yang dilakukan oleh kerajaan telahpun dinikmati oleh rakyat,” katanya lagi.

TAMAT

Share This Article