SANDAKAN, 12 APRIL- Satu kejadian kebakaran telah dilaporkan berlaku di kawasan Batu 2½, Jalan Lintas Utara, Sandakan pada petang ini.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah bertindak pantas ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal serta memadamkan kebakaran sepenuhnya.Keadaan di lokasi kini dilaporkan selamat dan terkawal.
Dalam masa yang sama, Polis Diraja Malaysia turut menjalankan rondaan serta kawalan lalu lintas bagi memastikan pergerakan kenderaan berjalan lancar dan keselamatan orang awam terjamin.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka memandangkan notis telah dikeluarkan di kawasan Sandakan berikutan ketiadaan bekalan air. Tindakan tersebut boleh meningkatkan risiko kebakaran serta menyukarkan operasi pemadaman sekiranya berlaku kecemasan.
Kerjasama semua pihak amat dihargai demi keselamatan bersama.
