KOTA KINABALU, 3 Disember 2025 — Kabinet Perpaduan Kerajaan Negeri Sabah komited memperkukuh kerjasama dan memastikan hala tuju pembangunan yang lebih makmur serta progresif untuk tempoh lima tahun akan datang.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, keyakinan itu bersandarkan pencapaian pembangunan yang telah direkodkan dalam tempoh lima tahun lalu, sekali gus menjadi asas kukuh untuk melancarkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang dijadualkan bermula pada 2026.
“Saya mahu memastikan Kerajaan Negeri kekal stabil, kerana kestabilan adalah prasyarat utama untuk kesinambungan pembangunan. Kita telah melihat bagaimana kemajuan dapat dikecapi apabila kestabilan dipelihara,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu hari ini.
Ketua Menteri turut menegaskan komitmen pentadbiran baharu untuk mengukuhkan perpaduan politik, meneruskan agenda pembangunan serta memastikan semua rakyat Sabah diberi layanan adil tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.
“Saya adalah Ketua Menteri untuk semua,” tegasnya.
Pada mesyuarat itu, Hajiji turut mengumumkan senarai portfolio 17 timbalan menteri yang telah mengangkat sumpah pada Selasa.
Antaranya:
Jabatan Ketua Menteri
Datuk Joniston Bangkuai (GRS)
Datuk Isnin Aliasnih (GRS)
Datuk Mandela Malakun (GRS)
Kerja Raya & Utiliti
Datuk Limus Jury (GRS)
Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah (GRS)
Kewangan
Datuk Ben Chong (GRS)
Datuk Ishak Ayub (STAR)
Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan
Datuk Jonnybone Kurum (GRS)
Kerajaan Tempatan & Perumahan
Datuk Fairuz Renddan (Bebas)
Datuk Maijol Mahap (Bebas)
Pertanian, Perikanan & Industri Makanan
Datuk Ruslan Muharam (GRS)
Datuk Hendrus Anding (GRS)
Pembangunan Luar Bandar
Datuk Samad Jambri (GRS)
Datuk Juil Nuatim (GRS)
Pendidikan, Sains, Teknologi & Inovasi
Jordan Jude Ellron (Bebas)
Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar
Dr. Andi Rizal (GRS)
Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat
Datuk Rina Jainal (Bebas)
TAMAT

