HAZEM AGIHAN SEMBILAN LEMBU KORBAN DI SUNGAI MANILA

sabahheadlines
1 Min Read

sh@aleeya villiamon

SANDAKAN: 6 Jun – Sebanyak Sembilan ekor lembu telah diagihkan kepada setiap masjid mengikut PDM dan termasuk masjid kediaman Pangsapuri PGA ke 15 di Jalan Sungai Batang dalam Dun Sungai Manila.
Ketua Bahagian Parti Gagasan Sungai Manila, Haji Hazem Tun Haji Musa berkata program pengagihan daging korban itu diadakan setiap tahun dan pada tahun ini pendekatan berbeza kerana agihan terus kepada setiap masjid di kampung berkenaan.
“Saya percaya agihan daging korban sampai ke sasaran kerana jawatankuasa akan mengendalikannya. Sebelum ini kita serahkan dan agihkan tetapi kali ini berbeza kita serahkan kepada jawatankuasa masjid dan mereka akan kendalikan sama seperti di masjid kediaman pangsapuri PGA ini,”katanya selepas menyampaikan sumbangan seekor lembu kepada penghuni dan anggota PGA di Pangsapuri PGA Jalan Sungai Batang.
Hazem berkata sumbangan itu sebagai usaha ibadah korban tetapi ia sebaliknya dapat memberi peluang kepada golongan tidak berkempuan untuk sama meraikan suasana meriah pada sambutan hari raya pada esok.
Pada jelajah sumbangan lembu korban, Hazem yang mengetuai rombongan menyerahkan sumbangan itu kepada setiap masjid kampung bermula dari kediaman pangsapuri PGA, masjid Sibugal Besar, Masjid PPR Sungai Manila, Masjid Sebait, Masjid Luboh, Masjid Peringakat 6, Masjid Kg Sebait, Kg Kenangan Manis dan Masjid Tanjung Pisau.
Tamat

Share This Article