KAPAL LAUT IKAN MUSNAH TERBAKAR DI PERAIRAN HADAPAN SAFMA

sabahheadlines
1 Min Read

sh@syamila saleh

KOTA KINABALU: 7 Jun- Sebuah kapal laut ikan musnah terbakar di perairan hadapan Pasar SAFMA, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 3:56 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi dan jentera pertama tiba hanya dua minit kemudian, iaitu pada jam 3.58 pagi.

Komander Operasi, PBK II Judy Trisna, berkata, kebakaran tersebut melibatkan sebuah kapal laut ikan yang terbakar 100 peratus.

Pasukan bomba katanya bertindak pantas dengan menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki serta dua pancutan dari sumber air terbuka (air laut) bagi memadam kebakaran.

Seramai sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu terlibat dalam operasi ini, dibantu satu jentera FRT bersama enam anggota dan satu unit EMRS dengan tiga anggota.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Operasi turut dibantu oleh agensi lain termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan lima anggota serta seorang anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Tamat

Share This Article