KUALA LUMPUR, Rabu – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-271 yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.
Mesyuarat berprestij itu dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sementara itu, pada Selasa, Hajiji turut menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148 yang diadakan di Bangunan Parlimen dan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kehadiran Ketua Menteri dalam kedua-dua mesyuarat berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh kerjasama serta penyelarasan dasar antara kerajaan Persekutuan dan negeri.
TAMAT
