SAMBUNGAN AIR SECARA HARAM TANPA METER-JABATAN AIR

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,31 JULAI-Jabatan Air Negeri Sabah meneruskan operasi penguatkuasaan dengan memberi tumpuan kepada kawasan setinggan yang dikenal pasti sebagai antara penyumbang kepada isu Non-Revenue Water (NRW) atau kehilangan air tidak berhasil.

Sambungan air secara haram tanpa meter dan saluran yang sah bukan sahaja menyebabkan kehilangan hasil malah mengurangkan tekanan bekalan air sehingga menjejaskan pengguna berdaftar yang menerima bekalan secara sah.

Dalam operasi kali ini, pihak berkuasa akan menjalankan tangkapan serta siasatan terhadap individu yang disyaki melakukan sambungan air secara haram mengikut Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air, iaitu kesalahan mengambil air tanpa kebenaran melalui meter atau saluran yang diluluskan.

Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan sambungan air secara haram kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.-Oleh:Jalie Mohamad

Share This Article