SH-Jalie Mohamad
SANDAKAN: 23 April- Seorang warga emas dan seorang kanak kanak perempuan mengalami cedera dalam kejadian kebakaran yang melibatkan 21 buah rumah papan atas air di Jambatan 3, kampung Batu Putih pada Rabu.
Mangsa seorang lelaki berusia 77 tahun parah dan melecur tahap 2, sementara kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun itu melecur tahap satu di bahagian tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamar Sandakan, Jimmy Lagung yang mengesahkan kejadian berkata turut terbakar sebuah stor penyimpanan barang-barang kampung musnah terbakar pada kejadian 10.40 pagi tadi.
“Terdapat dua mangsa dalam kejadian ini. Mereka kedua-duanya sudah diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada KKM yang bertugas,”katanya.
Tinjauan Sabah Headlines mendapat operasi memadam giat dilakukan oleh pihak Bomba dan kerja-kerja dokumentasi sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran, Polis dan pihak berkaitan di kampung berkenaan.
Menurutnya setiba jentera ke kampung itu mendapat api sudah merebak ke kawasan rumah tidak kekal atas air itu.
Katanya kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital dan telah mendapat rawatan awal oleh pasukan EMRS di tempat kejadian.
Operasi memadam berjaya dilakukan pada jam 2 petang.
Tamat

Hanya tinggal tiang rumah penduduk yang hangus dalam kejadian kebakaran
Rakaman awal orang awam ketika kejadian kebakaran di Kampung Batu Putih
