Oleh- Aleeya Villiamon
SANDAKAN: 23 April – Pusat Pemindahan Sementara (PPS), telah dibuka untuk penempatan mangsa kejadian kebakaran di Kampung Batu Putih Batu 7 petang tadi
Pengerusi Jawatankuasa Pusat Bencana Daerah, Walter Kenson dalam satu kenyataan disini mengistiharkan pembukaan pusat pemindahan sementara secara ad hoc daerah Sandakan pada pukul 3 petang Rabu
“Mangsa akan ditempatkan di Dewan Serbaguna Batu Putih bermula jam 3 petang tadi , selepas diaktifkan oleh jawatankuasa bencana daerah,”katanya dalam kenyataan di sini petang ini.
Selaras dengan pengoperasian PKOB dan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Batu Putih, Sandakan sepenuhnya diaktifkan.
Dengan pengisytiharan bencana ini, Walter yang juga Presiden Majlis Perbandaran Sandakan meminta semua agensi yang terlibat bersiap sedia untuk tindakan selanjutnya.
Tamat
