Datuk James Ratib Seru Pengundi N.48 Sugut Menunaikan Tanggungjawab

SUGUT, 29 Nov — Calon GRS bagi DUN N.48 Sugut, Datuk James Ratib, menyeru seluruh pengundi agar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian hari ini, yang dianggap sebagai penentu masa depan Sugut.

Beliau menekankan bahawa setiap undi mampu membawa harapan baharu, memacu pembangunan berterusan, serta membuka peluang baharu untuk keluarga dan masyarakat setempat.

Datuk James Ratib menyeru pengundi bersatu hati memilih kemajuan, kestabilan, dan memastikan Sugut terus maju ke arah masa depan yang lebih sejahtera. Slogan beliau, “Sugut Bersatu, Majukan Sugut”, menjadi seruan untuk mengekalkan semangat perpaduan serta komitmen terhadap pembangunan kawasan itu.

TAMAT