CUBAAN SELUDUP 1,750 LITER PETROL KE NEGARA JIRAN DIPATAHKAN

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 2 November — Cubaan menyeludup 1,750 liter minyak petrol yang dianggarkan bernilai RM18,000 ke negara jiran berjaya dipatahkan Maritim Malaysia menerusi Op Sejahtera dan Op Tiris 4.0 di perairan berhampiran Kampung Sinakut Tengah di sini.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa merampas 1,750 liter petrol yang disimpan dalam 70 gelen selain dua buah bot pam tanpa nombor pendaftaran dan empat unit enjin pam bot.

Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM18,000.

Bagaimanapun suspek dipercayai melarikan diri dan meninggalkan bot berkenaan sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tindakan lanjut.

Maritim Malaysia terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan di perairan negara bagi membanteras kegiatan penyeludupan serta memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara.

Share This Article