Ridzuwan dan Kasirin bersama ahli BEST Sungai Sibuga
OLEH: JALIE MOHAMAD
SANDAKAN : 6 Mei -Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bahagian Sungai Sibuga akan bergabung di bawah panji PBSTAR pada Piliharanya Negeri ke 17.
Pengerusi PBSTAR bahagian Sungai Sibuga, Mohd Ridzuwan Abidin berkata penggabungan yang juga dikenali sebagai BEST itu, bukan sahaja membentuk satu jentera politik yang lebih padu, malah menjadi wadah dalam menyantuni masyarakat umumnya di Sandakan.
“Strategik ini turut bertujuan memperkasakan suara rakyat Sabah dalam arus pembangunan, selain memantapkan lagi kekuatan GRS di peringkat akar umbi,”katanya kepada Media di sini kelmarin.
Bertepatan dengan BEST, Ridzuwan berkata ia juga bertujuan membentuk satu jentera pilihan raya yang lebih kuat pada masa akan datang.
Ridzuwan yang juga Ketua Bahagian STAR Sungai Sibuga berkata, kerjasama ini berdasarkan dasar yang telah dimertai antara Memorandum Persefahaman (MoU) antara PBS dan STAR sejak 18 April 2024, sebagai asas kukuh untuk bergerak seiring demi kepentingan rakyat.
Sementara itu, Ketua Bahagian PBS Sungai Sibuga, Kasirin Kamiran menyifatkan penggabungan ini sebagai satu platform perjuangan yang lebih besar, bukan hanya untuk menghadapi PRN akan datang, tetapi juga sebagai usaha memperkukuhkan hak rakyat Sabah.
Dengan penyertaan Sungai Sibuga, PBS dan STAR kini mempunyai tiga bahagian di Sabah yang bergabung sebagai PBSTAR, selepas Tambunan dan Kadamaian.
Setakat ini, PBSTAR Sungai Sibuga telah mengumpulkan lebih 5,500 ahli berdaftar dan dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa sebelum menjelang PRN Ke-17.
Tamat
