AHLI GAGASAN PERLU AKUR KEPUTUSAN PARTI

sabahheadlines
3 Min Read

sh@ Syamilah Salleh

LAHAD DATU: 21 Jun – Ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah perlu akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Datuk Haji Abdul Hakim Haji Gulam berkata ianya demi kelangsungan perjuangan politik yang stabil dan berwibawa.

“Gagasan tidak akan bergerak solo tetapi sebagai pasukan dalam Gagasan Rakyat Sabah (GRS) akan bersama dengan lapan Parti komponen,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Gagasan Segama di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu Abdul Hakim meminta agar ahli parti terus setia dan tidak terpengaruh dengan isu yang dimainkan oleh pembangkang.

Kepada nedia, Abdul Hakim menyelar sikap wakil rakyat di DUN itu yang disifatkannya kurang turun padang untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita yang berada di kawasan ini tahu dan lihat sendiri siapa yang benar-benar turun mendekati rakyat dan siapa yang hanya muncul sekali-sekala,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran pemimpin di tengah-tengah masyarakat amat penting bagi memastikan suara dan keperluan rakyat terus diperjuangkan secara efektif.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan peningkatan yang diperlihatkan oleh kepimpinan Gagasan Segama.

“Bahagian ini semakin memperlihatkan peningkatan…keahlian bertambah dan cawangan juga makin banyak diwujudkan,” katanya.

Sementara itu Ketua Bahagian PGRS DUN Segama Ir. Rajesh Datuk Mohd Yusof menzahirkan penghargaan kepada semua pendukung PGRS termasuk pejuang lama dan baharu atas komitmen berterusan mereka.

Beliau memaklumkan bahawa setakat ini terdapat 61 cawangan PGRS di DUN Segama dengan keahlian mencecah 4,600 orang.

Namun katanya, tumpuan utama bukan hanya pada jumlah keahlian, tetapi lebih penting adalah pengundi yang turun mengundi demi kemenangan parti dalam pilihan raya.

“Matlamat kita adalah untuk menyatukan pelbagai suku kaum dalam DUN Segama. Kita tidak berminat memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya mahu budaya negatif dihentikan demi keharmonian masyarakat,” katanya.

Majlis Itu turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas kepada beberapa cawangan yang cemerlang iaitu Cawangan Kampung Indah Jaya diumumkan mempunyai Bilangan Ahli Teramai.

Cawangan Paling Komited ialah cawangan Yuk Choi manakala Pusat Daerah Mengundi ( PDM) Tengah Nipah diumumkan sebagdi PDM paling ceria.

Sementara itu penyerahan borang keahlian bagi enam cawangan baharu turut berlangsung, melibatkan 180 ahli baru.

Cawangan tersebut ialah Kampung Desa Bajau, Sabah Baru Lasak, Dasar Baru Gasak,Layung Gempur, Kampung Pancuran dan Sabah Baru Tempur.

TAMAT

Share This Article