PGRS KLIAS IKUTI SARANAN KM

sabahheadlines
1 Min Read

BEAUFORT (20 JANUARI): Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Klias mempergiatkan usaha mendedahkan kejayaan kerajaan sejak lima tahun lalu.

Ia termasuklah bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat, kata Timbalan Ketua Bahagian PGRS Klias, Haji Mohd Jali Nordin di sini hari ini.

“Kita akan mengikuti saranan Ketua Menteri agar kejayaan kerajaan didedahkan kepada rakyat dan PGRS Klias memberi perhatian terhadap perkara itu,” katanya.

Menurutnya, masih ramai rakyat mengambil sikap tidak peduli dan tidak kisah sehingga tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Katanya, rakyat lebih terpengaruh dengan dakyah dan fakta yang disebarluaskan menerusi media sosial.

“Rakyat dipengaruhi tanpa mengetahui perkara sebenar … agak mudah untuk kita mengetahui kejayaan kerajaan meningkat ekonomi menerusi bantuan yang diperkenalkan kepada rakyat.

“Bantuan yang diberikan kepada rakyat tidak mungkin dinikmati jika kerajaan gagal,” katanya lagi.

Katanya, bantuan yang disediakan oleh kerajaan itu dinikmati oleh rakyat tanpa mengira anutan agama, kedudukan atau sebagainya.

Menurut, kerajaan mengamalkan prinsip keadilan dan tiada rakyat dipinggirkan.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah bersifat berterusan dan bukan untuk tempoh tertentu.

TAMAT

Share This Article