Ewon Tinjau Program Pelaburan SME Qhazanah, Rancang Inisiatif Start-up Baharu di Sabah

sabahheadlines
1 Min Read

KUALA LUMPUR, 11 Februari – Timbalan Ketua Menteri III Sabah, yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick mengadakan kunjungan ke Qhazanah Investment bagi mendapatkan perkongsian pelaksanaan Program SME Investment Partner yang dilaksanakan melalui dana disalurkan oleh SME Corp.

Dalam lawatan itu, beliau mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah, Haji Mohamad Damshal Awang Damit serta pengurusan tertinggi syarikat berkenaan.

Ewon berkata, program tersebut memberi fokus kepada pembangunan syarikat-syarikat start-up dan disifatkan berjaya dalam membantu memperkukuh pertumbuhan perusahaan baharu.

Menurutnya, hasil kunjungan itu akan dijadikan rujukan untuk merangka satu inisiatif baharu pembangunan usahawan start-up di Sabah, khususnya yang ingin beroperasi di taman perindustrian seperti Sabah Agro Industrial Park (SAIP).

Beliau berkata, inisiatif yang dirancang bertujuan membimbing dan membangunkan usahawan start-up sehingga berupaya mencapai tahap penyenaraian, selain menjadi contoh kepada usahawan lain di negeri itu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah perlu terus diberikan sokongan, namun lebih banyak usahawan start-up wajar diperkasakan agar mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Saya yakin perusahaan rakyat Sabah juga mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain,” katanya.Ewon Tinjau Program Pelaburan SME Qhazanah, Rancang Inisiatif Start-up Baharu di Sabah

TAMAT

Share This Article