SANDAKAN, 8 Feb : Pesta Makanan Tradisional Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026 di Dewan Yu Yuan, di sini, hari ini, meriah dengan kehadiran orang ramai.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan serta pemimpin setempat .
Pesta yang dianjurkan Persatuan Masyarakat Tionghwa Bersekutu Sandakan tersebut diadakan bagi memelihara warisan makanan tradisional masyarakat Cina selain mengukuhkan hubungan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.
Penganjur berharap program seumpama itu dapat diteruskan sebagai platform memperkasa keharmonian dan semangat muhibah dalam komuniti setempat.
TAMAT
