Program Sentuhan Kasih, Jualan RAHMAH MADANI Meriah di Kinarut

sabahheadlines
1 Min Read

PAPAR, 8 Feb : Program Sentuhan Kasih, Program Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan di Kondominium Puncak Gloxinia, Kinarut hari ini, mendapat sambutan menggalakkan.

Program berkenaan disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Armizan Mohd Ali, sekali gus menjadi platform mendekati masyarakat serta membantu meringankan kos sara hidup.

Antara pengisian utama program ialah sesi advokasi kepenggunaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Papar menerusi sesi soal jawab bersama orang ramai bagi meningkatkan kesedaran pengguna agar lebih bijak membuat pilihan.

Selain jualan barangan keperluan pada harga rendah, program turut diserikan dengan pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah serta sesi ‘happy hour’ yang menawarkan diskaun melebihi 30 peratus bagi barangan tertentu.

Program turut menyantuni 100 golongan memerlukan menerusi pemberian bakul rahmah dan bantuan tunai, selain aktiviti komuniti seperti pertandingan sepak penalti, mewarna dan sepak takraw.

Hadir sama, Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Roslie Ibrahim, Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin serta Pengerusi Kondominium Puncak Gloxinia Kinarut.

TAMAT

Share This Article