PENGUKUHAN STRUKTUR PERJAWATAN JADI FOKUS SESI BPO SABAH DI KUALA LUMPUR

sabahheadlines
1 Min Read

KUALA LUMPUR, 31 Januari – Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan sesi penyelarasan dan semakan kertas cadangan pengukuhan perjawatan bersama Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur (PPNS-KUL) pada 28 Januari lalu.

Sesi berkenaan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dokumen permohonan pewujudan jawatan tetap bagi menangani isu penempatan jawatan sementara dan kontrak di PPNS-KUL, selain memperkukuh struktur perjawatan sedia ada.

Perbincangan turut melibatkan cadangan pengisian jawatan-jawatan kosong yang dikenal pasti sebagai keperluan kritikal bagi memastikan kelancaran operasi serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan pejabat berkenaan.

Sesi tersebut diketuai oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Puan Nekmah Abdullah dan disambut oleh Pengarah PPNS-KUL, Puan Dg Norsiah Hj. Ag Duraman bersama Pegawai Sumber Manusia, Puan Haisah Daud.

TAMAT

Share This Article